|
Tuan pengetua memberi ucapan |
|
Pengerusi PIBG sekolah memberi sepatah dua kata kepada Ibu Bapa dan Guru-guru yang hadir |
|
Menjalankan salah satu upacara miring. Benda yang dipegang adalah seekor ayam sabung |
|
Simbolik upacara miring |
|
|
Upacara Ranyai |
|
|
Upacara Ngiling Bidai @ Gulung Tikar |
|
Tikar tersebut akan diikat dan disimpan. Tikar ini akan digunakan untuk hari gawai tahun hadapan |
|
Post kali ini mengenai Ngiling Bidai atau Gulung tikar yang disambut oleh masyarakat Iban di Sarawak. Gulung Tikar bukan bermaksud bankrupt...hehe....
Ngiling Bidai ini telah diadakan di Dewan Sri Kenyalang, SMK Luar Bandar Sibu pada 16 Julai 2011 dan sekolah ini merupakan sekolah lama saya. Saya menuntut ilmu disini selama 7 tahun (form 1 sampai form 6 atas). Upacara ini telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, Ibu-bapa dan para pelajar SMKLBS. Upacara Ngiling bidai menunjukkan berakhirnya Hari Gawai Dayak bagi masyarakat Iban di Sarawak. Ngiling bidai merupakan acara menggulung Tikar yang telah digunakan semasa hari gawai yang lepas. Selain itu, upacara Ranyai juga diadakan. Ranyai merupakan upacara menggunakan pokok pisang atau sebagainya (seperti dalam gambar diatas). Pokok tersebut bertujuan untuk menggantungkan makanan dan minuman. Selepas itu, seseorang atau sesiapa sahaja yang ingin mengikuti upacara ini akan menarikan sebuah tarian ngajat sambil mengelilingi pokok tersebut dan membawa sebilah parang untuk memotong makanan dan minuman yang telah digantung.
#Gambar diatas hanya lah sebagai simbolik bagi upacara Ngiling Bidai.#
THX kerana membaca....Sila komen seandainya ada kesalahan.....=)
No comments:
Post a Comment