Kucing Tak sedar kena ambil gambar....

Kalau kucing dah minta makan, habis barang atas meja dia pijak sebab minta perhatian tuannya, Tapi, si naldo.. bila minta makan, laptop saya tempat dia berpijak... Lepas tu, duduk sampai tertidur macam dalam gambar bawah..haha


Mula-mula si naldo tak sedar...Syioknya dia tidur atas laptop saya tanpa rasa bersalah


Si naldo terbangun gara-gara bunyi shutter kamera saya...haha

:: Wajah2 Pelajar Kem Unit Beruniform 2013:: SMK Luar Bandar Sibu

Segelintir wajah pelajar menjadi tembakan kamera chelzLensa ketika mengikuti kem 22-25 March 2013 di tapak perkhemahan SMKLBS...



















Ketakutan...


Seekor anak kucing betina merayau-rayau di kawasan rumah mencari makanan...Ketakutan anak kucing ini menyebabkan saya sukar untuk mendekatinya. Hanya mampu melihat dari jauh.

Keputusan cemerlang belum menjamin masa depan


Saya terjumpa gambar pak cik diatas yang kena trooll...hehe....nampak apa yang tertulis tu? =).. Betul ke apa yang dimaksudkan itu..or hanya nak menakutkan pelajar lepasan spm or stpm yang baru dapat result beberapa minggu nie...? Tapi, satu lagi..boleh ke pelajar cemerlang di universiti dapat kerja yang setimpal dengan kelulusan? Fuhh...macam2 hal berlaku..=)....itu la dunia realiti.... salah siapa benda nie berlaku..? Mungkin pelajar cemerlang spm or stpm yang dapat cgpa below 3, tak berapa study smart kot...hehe

Tetapi, diri sendiri kena fikir dan cari punca kenapa benda nie boleh berlaku... Masa depan sendiri yang menentukan... Kalau malas nak berusaha, so tak ada masa depan la...or mungkin..masa depan belum sampai lagi...=)... Tapi, kena ingat, rezeki seseorang tak sama.. so, renung-renungkanlah...

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang spm dan stpm. Bagi pelajar yang kurang berjaya, jangan risau...think positive... terus berusaha mencari peluang dalam dunia realiti...never give up... and lastly...BELIEVE IN GOD. ..♥♥

Jangan malu dengan kehidupan sebenar...


Nampak gambar di atas? =)... saya saja nak post sebab untuk memberi peringatan kepada diri sendiri... tak kira dimana berada, jangan pernah malu dengan kisah sebenar kehidupan.... Harus bangga dengan kehidupan sekarang daripada kita menipu diri sendiri hanya kerana malu.. so,renung2kan lah....:)♥

Stpm keluar hari ini!!


Hari ini (18 mac) keputusan stpm 2012 keluar... semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan boleh melanjutkan pengajian ke ipta or ipts.... :) pasti ada yang tak dapat tidur..asyik fikir pasal keputusan yang keluar...sampai bawa ke dalam mimpi.... mimpi dapat keputusan cemerlang la...gagal la...huhu..mainan mimpi je tu... yang penting sebelum nie dah buat yang terbaik pasti keputusan pun ok! Bila dah tahu result dapat berapa, yang pasti nanti kawan akan tanya dapat berapa la...fail apa la... ada A ke? Semestinya tension kan...terutamanya kalau dapat result tak berapa ok... hehe... kalau result ok, sure akan confident bagitahu result....isshhh ishh.... hehe...tapi, jangan terlalu bermengah dengan result cemerlang...dan jangan risau kalau result tak berapa ok...yang penting dah mencuba....:)..... last sekali........ jangan lupa ucap terima kasih buat guru-guru yang telah membimbing dan mengajar masa form 6.... tak kira result dapat apa, asalkan ucap terima kasih...terima berkat.... satu lagi, ibu bapa pun sama...ucap thanks mom n dad.... sebab dah beri dorongan dan semangat...bla..bla....ok la....:).... jangan lupa, sebelum tidur berdoa....hehe
# jantung budak stpm 2012 berdegup dengan kencang tu...haha....tak dapat tidur...:p

Seni menggunakan Beras - Menarik!

Chen Forng Shean (58 tahun), berasal dari Taiwan, telah menggunakan beras untuk dijadikan tempat melukis. Chen Forng menggunakan kanta pembesar dan memerlukan masa sebulan untuk menyiapkan lukisan tersebut. Chen Forng mengamalkan 'Qi Gong' untuk membantu beliau menahan nafas semasa melakukan kerja seni ini. 


Jambatan Terpanjang di Dunia- Menarik!

Jambatan Qingdao Haiwan ini terletak di negara China. Panjang jambatan ini ialah 26.4km yang mampu menampung muatan sebanyak 30,000 kereta setiap hari. Jambatan ini dapat bertahan dari berlakunya bencana alam seperti gempa bumi dan taufan. Dibina dalam masa 4 tahun oleh 10,000 pekerja. 


Monyet Bertopeng jadi Pelayan Restaurant - Pelik!

Macam-macam benda orang Jepun buat. Kali ini mereka suruh monyet bertopeng dan memakai pakaian ala pelayan di sebuah restaurant dikenali sebagai restaurant Kayabuki di utara Tokyo Jepun. Monyet ini akan disuruh melayan pelanggan. Ada dua ekor monyet bekerja disini iaitu Yat-Chan dan Fuku-Chan. Yat-Chan, 16 adalah paling tua, dan Yat-Chan akan mengambil order minuman. Fuku-Chan pula akan memberi tuala panas kepada pelanggan untuk membersihkan tangan sebelum makan. 




Mata di mulut #menarik + pelik!

Mula-mula, saya rasa pelik dan ingat benda ini hanya dimanipulasikan. Tetapi, benda ini hanya "Make-up" di mulut. Sandra Holmbom seorang "make-up" artist professional yang berkebolehan sehingga boleh berfikir untuk mendapatkan idea sebegini. Menurut beliau, “the face is my canvas and the makeup is my paint.” 
Beliau juga mempunyai karya pelik yang lain di SINI 




Kalau ada masalah dengan Celcom....


Cerita sikit pasal nie. Kalau ada masalah dengan line celcom ke, masalah broadband, nak recommend something kat celcom ke, or apa-apa yang berkaitan dengan Celcom, saya rasa sini medium lebih cepat selain call. Saya dah berapa kali komplen disini, tindakan mereka setakat ini memuaskan. Kadang-kadang boleh tanya soalan pukul 1 pagi pun masih dijawab. Kalau nak comment, kena log in. Log in guna facebook or Google pun boleh. So, sesiapa nak cuba boleh la klik Celcom Satisfaction.

Galaxy Tab 2 10.1- Update Jelly Bean 4.2.2


Akhirnya dapat la saya update Galaxy Tab 2 10.1 ke Jelly Bean 4.2.2...yeaahh....tapi, saya akan update kat kedai. Senang sikit, sebab kalau update pakai broadband tiba-tiba line tak de. Buang masa la menunggu lama download semua update tu. ;). So, sesiapa yang pakai tablet ini cepat-cepat la update. ;D

Kecomelan Baby Haiwan | Menarik!

Kecomelan mereka membuat kita ingin memeluk mereka saja...=)












Piala All England 2013 Bukan Milik Lee Chong Wei

Admin baru selesai menyaksikan perlawanan diantara Lee Chong Wei (Malaysia) dan Chen Long (China). Lee Chong Wei kalah 17-21 dan 18-21. Rentak permainan Chong Wei agak berbeza berbanding sebelum ini. Mungkin beliau kepenatan. Namun, sorakan dari peminat Malaysia di Stadium Nia, Birmingham memeriahkan suasana perlawanan akhir ini. =)

Menurut Lee Chong Wei, beliau agak kecewa dengan permainan yang ditunjukkan pada malam akhir perlawanan kerana tidak mampu menandingi kehebatan dan ketangkasan Chen Long. 



Berita Selanjutnya : All England Badminton

Kucing Pemarah Makin Popular!! - Menarik!

Kenal?? Tipu kalau anda tak kenal Grumpy Cat a.k.a Kucing Pemarah ini. Kucing ini popular selepas tuannya upload gambar Grumpy di Reddit. Grumpy dilahirkan pada 4 April 2012 dan dia merupakan kucing Betina! Makin hari makin popular gara-gara ramai kaki photoshop edit gambar Grumpy sehingga ada yang share gambar Grumpy di Facebook sehingga berpuluh ribu orang!




Website Grummpy Cat.Com

Masak Telur Berwarna || Menarik!

Senangkan?? Mari belajar membuat....;D








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...