Kucing Jalanan # 2

Dua ekor anak kucing ini merupakan anak kucing jalanan yang berada di luar rumah saya.

Macro | Mata si Lebah...

Seperti sudah lama saya tidak post gambar Macro @ Close Up. Kali ini, saya pot gambar mata seekor Lebah yang hinggap di tingkap bilik saya. Hanya menggunakan Kamera ND Tiga kosong kosong kosong + Raynox-250 + P.CS3 untuk mendapatkan hasil seperti diatas. Agak susah untuk capture gambar  macro sebab kena tahan nafas..hehe...Takut serangga terbang. 
p/s: watermark senget sikt...;(

Kucing Jalanan #1




Kucing ini tidak bertuan dan hanya menagih simpati daripada kami sekeluarga. Si Kucing ini tinggal di dalam stor simpanan barang. Setiap hari akan diberi makanan..Kalau tak, dia akan menganas dengan memasuki rumah melalui tingkap untuk mencuri makanan. 

Merry Christmas 2012

ChelzLensa Photography ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas 2012 kepada umat Kristian di Malaysia.  Kepada keluarga yang balik ke kampung pada musim cuti ini, berhati-hati di jalan raya

Kepada pembaca blog ChelzLensa Photography, anda boleh like page saya : ChelzLensa Photography  

Musim Buah @ Sibu

Buah Esu. Keluarga kepada buah durian tetapi mempunyai rasa yang berbeza. Buah Esu juga ada yang berwarna Merah dan Jingga

Buah Ma. Rasa masam dan isi seperti buah rambutan. Kulit buah ini keras.

Buah Dabai. Kulit berwarna hitam dan isi berwarna kuning yang berlemak. Harga 1kg boleh mencecah sehingga RM30. 

Isi Buah Dabai

Aktiviti berjual yang terdapat di kawasan Market Sibu

Longgokan buah durian. Harga dijual  sehingga 1 biji RM1 @ 0.50sen sebab buah yang terlampau banyak.

Buah Rambutan Budak Sekolah. Isi manis dan keras. Dijual 1 kilo RM3.
Rambutan Budak Sekolah

Aktiviti berjual di kawasan Shopping Complex

Buah langsat


Christmas Deco @ Sibu

Star Mega Mall (DAESCO)


Wisma Sanyan 


Wisma Sanyan (Ground Floor)


Daesim 


Sing Kwong Sibu

Sing Kwong Sibu


Kemeriahan Krismas di Sibu semakin rancak dengan adanya Dekorasi  terdapat di kawasan membeli belah yang dapat menarik minat orang ramai. Saya rasa Krismas tahun 2012 agak meriah berbanding dengan tahun sebelumnya disebabkan dekorasi yang menarik. Semua gambar di atas diambil menggunakan Camera dari Handphone SE Xperia 10 dan Galaxy Tab 7.0. 


Bubur Buang Panas


Kalau cuaca panas pasti pilihan bubur buang panas..hehe.. Bahan yang penting digunakan dalam bubur buang panas ini semestinya Ais, Red Dates, Gula Kundur, Barli, and Agar-agar. Rasanya semestinya manis. Kalau tak manis tak sedap..;).

Aku Berkonvo....

Pada 22 Oktober 2012, saya telah bergraduasi dari Universiti Malaysia Sabah selepas 3 tahun pengajian dalam bidang Pengurusan Perhotelan. Memang tak terasa after been 3 years study in UMS and I gonna miss my uni's life...huhu...doing assignment, miss my frenz, lecturers, events and activities yang selalu saya join..Pengalaman belajar di Sabah memberi erti berdikari sebab berjauhan dengan family. Kalau ada masalah sendiri settle...;).. 


Tak akan lupa my Savior Jesus Christ, pengorbanan ibu bapa, siblings, frenz sebab berkorban untuk saya mendapat segulung ijazah. Thanks God.. Berkat doa.  After graduated, need to find job. Sudah mendapat tawaran bekerja, tapi saya menolak...;). Sekarang saya seorang FREELANCER..Membina kerjaya sendiri dulu... Saya masih menunggu tawaran kerja (tak memilih kerja...tapi, bermula dari bawah...;p)..Usaha dan Doa akan memberi yang terbaik kepada saya...;)


Kena Marah

Wajah kena marah....haha....Gara-gara gigit tangan tuannya.....;p....


untitled#

Merajuk gara-gara saya tak mahu bagi makan...Terus membawa diri ke tempat letak surat khabar lama.....Tengok muka memang sesuai jadi taukey jual surat khabar lama...hehe


This is my future...and this is my story....





Aplikasi percuma yang boleh diguna untuk membuat short film mengenai diri sendiri....Just upload ur pic....and share it in facebook, twitter etc...
Click this link and watch it....MY STORY...;p......http://www.this-is-my-story.com/v/3F515D2M8CEB

Konvokesyen UMS ke-14

MAJLIS KONVOKESYEN KE-14

Akhirnya pengajian 3 tahun di Universiti Malaysia Sabah akan tamat pada 22 October (Isnin). Selepas nie kena fikir pasal cari kerja...No worry la...banyak kerja kosong tu asal rajin mencari kerja... ;)
Teringat masa Konvokesyen yang tahun-tahun lepas...Saya diberi peluang untuk menjadi fotografer...haha...Ini la hasil kerja yang saya dapat: (Klik Link kat bawah)

Hasil 1

Hasil 2

SO, persoalannya: Siapa yang akan menjadi fotografer untuk Konvo saya nanti...? haha

Kejayaan datang dari Tuhan

Nampak gambar di atas? haha...Semester akhir, final year saya dapat pointer tergolong dalam dean list...Saya pun tak percaya. Saya perasan result dapat 3.5 above semasa check result kedua kali..sebab masa tu saya hanya fokus tengok result praktikal...psssttt...praktikal dapat A....haha...Mungkin semester akhir, orang tak nampak golongan berada dalam Dean List...Tapi, kepuasan mendapat 3.5 above memang memuaskan..sebab saya bukan pandai...:) CGPA??? ok la...bukan tergolong dalam 1st class degree...hehe...Harap berada dalam kelas 2:1...syukurlaaaa....:).... Nanti UPDATE BLOG LAGI.....chowww...:)



Mee Papan

Mee Papan (Non-halal)
Location: Sing Kwong Food Court Sibu, Sarawak
Price: RM 6.00
Captured using: SE X10


The Only...

Memeng dan Naldo kucing saya yang masih tinggal...Memeng berusia 8 tahun, Naldo 4 tahun...;)


Selamat Hari Raya 2012

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia dan pembaca blog ChelzLensa Photography...


Story of Danbo #2

Danbobo menangis....T.T...Gara-gara tak dilayan kerana kesibukan tuannya....:p


Story of Danbo #1

Rajin juga Danbobo buat report practical.....;D


Anak Sarawak kebanggaan Malaysia.....

Bryan Nickson Lomas - Malaysian Diver

Pandelela Rinong anak Pamg - Malaysian Diver

Sapok Biki - Peninju Negara yang pernah mengharumkan nama negara dengan mendapat pingat emas dalam Sukan Komanwel 1998

Watson Nyambek - Bekas pelari pecut negara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...