Suatu Keindahan....

Selepas hujan berhenti.....
Bunga Morning Glory
Rama-rama warna coklat..
Rama-rama mencari madu...
Post gambar kali ini mengenai bunga-bungaan dan rama-rama yang sempat saya rakam semasa saya berada di Tambunan, Sabah. Masa ini keadaan cuaca agak sejuk dan hujan renyai-renyai. Keadaan yang sejuk menyebabkan tangan saya bergegar semasa pegang kamera..So, Njoi...=)

Ulat Sago

Gambar ini diambil dari website SINI
Aktiviti bermula dengan membelah pokok Sagu yang telah ditebang
Saya sibuk mencari ulat sago/ulat mulong

Cari sampai dapat


Kali ini saya post mengenai aktiviti saya masuk hutan mencari ulat sago/ulat mulong (Tinduh bagi kaum iban). Perjalanan ke tempat ini mengambil masa 15minit dari rumah panjang saya. Pokok Sago akan ditebang dan akan dibiarkan selama beberapa bulan untuk memastikan ulat sago membiak. Pokok Sago dalam gambar diatas telah dibiarkan selama 2 bulan. Masa mencari Ulat Sago ini sangat seronok sebab bila batang pokok sago dibelah akan kelihatan 4 hingga 6 ekor ulat sago melekat dicelah-celah batang. So, cepat2la tangkap ulat sago itu sebelum ulat itu masuk kembali ke dalam batang. Langsung tak rasa geli bila ulat itu berada dalam genggaman..hehe
Ulat Sago merupakan makanan popular bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, Ulat Sago popular bagi kaum Melanau (area Mukah) tetapi ada juga kaum lain makan ulat sago ini. Ulat Sago boleh dimakan mentah, dimasak, atau digoreng (jadi keropok..yummy). Saya tahu makanan ini sangat sedap tetapi bagi saya 1 ekor dah cukup (tak makan banyak...=p.). Tetapi keluarga saya sangat minat makan ulat sago masak kicap....haha...
Kalau ada dijual di pasar, orang ramai akan berebut-rebut membeli ulat sago ini. Kalau tak silap saya harga seekor ulat sago 0.50sen. Tak tahu la harga sekarang. Mungkin dah naik kot.. Ulat sago ini ada protien dan sangat berlemak (jangan makan banyak yer) hehehe. 

#Gambar diatas diambil menggunakan handphone Nokia E63. Saya tak bawa kamera dslr saya masuk hutan sebab masa ini hujan renyai-renyai turun dan kawasan hutan ini banjir. Bukan itu saja, kawasan ini juga banyak pokok berduri. Di kaki saya 4 batang duri melekat (nasib baik bukan lintah yang melekat..huhu)

Mee Kolok

Kolok Mee Warna Merah

Gambar kali ini mengenai makanan popular di Sarawak terutamanya bahagian Kuching Sarawak..Mee Kolok sangat popular dan sedap...Mee Kolok dalam gambar ini NON HALAL....Mee Kolok ada juga yang HALAL....Bagi saya, halal or non halal dua2 sedap walaupun berlainan rasa....Mee Kolok senang untuk dimasak...buat di dirumah pun boleh...hehe....=)

Kuih Sarang Semut @ Kuih Jala



Ok.....kali ini saya post gambar mengenai makanan tradisional kaum iban di Sarawak. Kuih diatas dikenali sebagai Kuih Sarang Semut @ Kuih Jala (nama kuih ini berbeza mengikut tempat di Sarawak). Sarang Semut merupakan makanan wajib untuk Hari Gawai. Kuih Sarang Semut senang dibuat kalau dah mahir...hehe....Apa bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Kuih Sarang semut? Tepung Beras dan Gula Melaka @ Gula Apong....so, kalau nak rasa Kuih Sarang Semut, jom pi Sarawak.....hehe....so, Njoi...=)

Baju Ngepan -part 3-


Kali ini post gambar saya masih lagi bertajuk baju ngepan tapi part 3...hehe....so, inilah baju ngepan kaum iban di Sarawak....

Baju Ngepan Kaum Iban -part 2-


Pautan


Kali ini saya post gambar Baju Ngepan Kaum iban di Sarawak.....Sebelum ini saya pernah post gambar baju ngepan, klik SINI (link ini menunjukkan gambar baju ngepan yang sesuai dengan kanak-kanak)...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...