Gambar ini diambil dari website SINI |
Aktiviti bermula dengan membelah pokok Sagu yang telah ditebang |
Saya sibuk mencari ulat sago/ulat mulong |
Cari sampai dapat |
Kali ini saya post mengenai aktiviti saya masuk hutan mencari ulat sago/ulat mulong (Tinduh bagi kaum iban). Perjalanan ke tempat ini mengambil masa 15minit dari rumah panjang saya. Pokok Sago akan ditebang dan akan dibiarkan selama beberapa bulan untuk memastikan ulat sago membiak. Pokok Sago dalam gambar diatas telah dibiarkan selama 2 bulan. Masa mencari Ulat Sago ini sangat seronok sebab bila batang pokok sago dibelah akan kelihatan 4 hingga 6 ekor ulat sago melekat dicelah-celah batang. So, cepat2la tangkap ulat sago itu sebelum ulat itu masuk kembali ke dalam batang. Langsung tak rasa geli bila ulat itu berada dalam genggaman..hehe
No comments:
Post a Comment