Aku di Kudat Sabah...


Akhirnya saya menjejakkan kaki di Kudat Sabah.. Ini la benda yang saya impikan. Selama ini hanya tengok dalam gambar jak. Pergi sini sebenar nya tiada dalam perancangan sebab masa ini minggu study week (3 hari lagi nak exam). Tapi, bila kawan dah ajak, tanpa pikir panjang terus ON..hehe... Kami bertolak dari Universiti jam 3am naik Van Sewa. Pak Guard yang jaga gate utama pun pelik tengok kami jalan jam 3am. Perjalanan yang mengambil masa selama 2jam 1/2 akhirnya sampai di The Tip of Borneo @ simpang mengayau. Cuaca agak sejuk dengan angin yang terlampau kuat.

The Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau. 
Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki di sini...=) Kalau boleh, jangan turun ke bawah tu. sebab ombak besar akan tiba-tiba ada. Tapi kawan yang pakai baju merah tu tak takut..huhu
Jalan untuk menuju ke The Tip Of Borneo. Keadaan cuaca masa ini hujan dan berkabus, so jalan agak licin.
Tempat menjual tempurung Siput yang boleh menarik minat pengujung datang singgah dan membeli
Sebuah tokong yang ada di pekan Kudat. Tokong Fu (Kalau tak silap). Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki masuk kedalam tokong sebab tokong ini telah menarik minat saya kerana seni binaan yang menarik minta lensa kamera untuk ambil gambar simpan sebagai kenangan.
Bandar Kudat ketika ini agak sunyi kecuali berada di pasar tamu.

Pasar Tamu di Kudat. Pelbagai barangan dijual seperti hasil tanaman dan barangan tradisional 
Pelabuhan di Kudat
Saya berada di atas Jeti Pelabuhan Kudat
Antara hasil tangkapan oleh nelayan2 di Jeti Pelabuhan Kudat
Mini Zoo ini terletak di tepi jalan sebelum sampai Kudat. Harga masuk RM5.00. Antara haiwan yang terdapat dalam zoo ini ialah Monyet, Burung Unta, Ayam, Burung Tua dan sebagainya. So, datangla ke sini.
Maranjak LongHouse Lodge merupakan sebuah binaan rumah panjang kaum Rungus di Kudat Sabah. Pengunjung boleh datang melawat atau tinggal di Lodge yang disediakan. 
Binaan rumah panjang kaum Rungus dari luar
Dalam Rumah Panjang. Struktur binaan yang menggunakan kayu dan buluh.
Ketika saya berada di tempat membuat Gong yang merupakan alat muzik tradisional. Pembuatan Gong disini merupakan dibawah Persatuan Momogun Rungus Sabah Samora, Kudat Sabah
Antara Gong yang telah siap untuk dijual. Harga setiap gong adalah berbeza mengikuti Saiz dan bahan yang digunakan.
Gombizou Kampung Madu merupakan tempat penghasilan madu. Penternakan Lebah juga dijalankan disini. Hasil madu tersebut akan dijual kepada pengunjung yang datang ke Kampung Madu.

Madu-madu yang dijual dengan harga berbeza. Semua madu yang dijual adalah ASLI dan berbeza dengan madu yang dijual di pasar
Botol besar mempunyai harga yang lebih mahal
Saya ikut mak cik nie pergi kawasan penternakan Lebah, Harga masuk ke tempat ini hanya rm3. Mak Cik ini menerangkan cara menternak hingga la proses pengambilan madu. Benda yang dipegang oleh mak cik itu merupakan sejenis tin yang mengandungi asap daripada kulit kelapa tua. Tujuannya adalah untuk memabukkan Lebah supaya tidak menyengat. 

Ini merupakan anak lebah. Masih tidak kelihatan banyak madu yang dihasilkan
Geli? haha...Gambar kabur sebab saya lupa nak adjust kerana takut..Saya tak guna zoom lens. Saya hanya guna lens 35mm 1.8G dimana saya zoom guna kaki...hehe
Pernah rasa Lokan Panggang? Kalau nak cuba, boleh datang ke gerai ini yang terletak di area IP (saya tak tahu jalan ini dimana)..haha





Merry Christmas


Selamat Menyambut Hari Krismas buat pembaca blog ChelzLensa. Ini merupakan kali pertama  saya menyambut krismas berjauhan dengan family. Tahun ini, memang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, kerana kali ini saya menyambut dengan kawan-kawan universiti. Inilah caranya untuk menghilangkan kesedihan tidak menyambut bersama keluarga. 
MERRY CHRISTMAS 2011

"Christmas is a great holiday time for people across the world. It falls on December 25 and has a significant meaning in Christianity as it honors the birth anniversary of Jesus Christ. Thus, this day is commemorated with enormous religious dedication and immense joy"

Ong Bak Rin Du??

OMBAK RINDU
ONG BAK


Ong Bak Rin Du??
ini la yang buat saya binggung dalam seminggu...saya ingat memang ada cerita Ong Bak dah keluar rupa-rupanya cerita Ombak Rindu...Bunyi macam sama...huhuhu.....
Saya rasa pelik bila kawan-kawan FB cakap, cerita Ombak Rindu cerita sedih sedangkan cerita Ong Bak tiada yang sedih2... so, macam lain pula rasanya...
saya google la cerita Ombak Rindu, rupa2nya memang ada cerita melayu nie....maksudnya bukan cerita Ong Bak la kan?? haiizz....buang masa saya jak bertanya kawan2 betul ada cerita Ong Bak terbaru...Patutla kawan2 saya ketawa....kenapa tak cakap awal2...hahaha
Best ke cerita Ombak Rindu ini?
sebab saya belum tengok lagi....>.<....cerita romantik + sedih saya tak layan..BOSAN!...hahahaha.....

selepas hujan berhenti...

Nikon D3000 | f/5.6 | 1/20sec | ISO-100 | 55mm

-Selepas hujan berhenti-

It's Christmas Mood In One Borneo

Decoration di One Borneo...

Lampu warna warni yang menghiasi Christmas di One Borneo

Nasi Ayam~~

My Feveret food ever~~
Nasi ayam........
Foto captured using Iphone 4....weeee......not belong to me.....hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...