Kopi Tahi gajah merupakan kopi yang paling mahal di dunia. Penduduk yang tinggal di Kawasan Pergunungan Chiang Rai, utara Thailand sanggup menghabiskan masa dan tenaga mereka untuk mengumpul kopi yang terhasil daripada tahi gajah. Gajah ini akan diberi makanan yang telah dicampurkan dengan biji kopi.
Menurut pencipta kopi ini, Blake Dinkin- asid dalam perut gajah akan memecahkan protien yang menyebabkan kopi mempunyai rasa pahit. Selepas tindak balas berlaku, rasa minuman kopi sangat lembut dan tiada mempunyai rasa pahit seperti kopi biasa. Seekor gajah memerlukan masa 15 hingga 30 jam untuk menghadam kopi sebelum keluar secara semula jadi..=).
Harga secawan kopi tahi gajah dijual dengan harga RM153 (AS$50) dan sekilogram dijual kira-kira RM3,360 (AS$1,100).
# teringin pula nak mencuba...haha
|
No comments:
Post a Comment