Ranyai...




ok...gambar kat atas nie diambil masa hari gawai 1 jun 2010 yang lalu di rumah panjang saya....Korang tahu tak apa benda kat gambar tu..:-?....okla, itu la Ranyai....
Ranyai merupakan tanda simbolik bagi perayaan Hari Gawai yang disambut oleh kaum dayak. Ranyai ini akan didirikan ditengah-tengah "ruai" dimana penghuni rumah panjang akan berkumpul. Kalau korang lihat, terdapat pelbagai jenis barang yang disangkut tidak kisah sama ada air tuak, makanan, beer, malah ada juga penghuni meyangkut makanan seperti ayam panggang dan daging pada ranyai ini...haha....asalkan ada sumbangan dari setiap penghuni rumah panjang ini. Upacara akan dimulakan, apabila salah seorang penghuni rumah panjang dipilih untuk menarikan tarian tradisional kaum Iban iaitu Tarian Ngajat. Dia akan mengelilingi "ranyai" tersebut. Selepas dia menari megelilingi ranyai tersebut, dia akan memilih barang yang telah disangkut dan akan memotong barang tersebut menggunakan parang. Selepas itu, dia akan mencari sesiapa sahaja yang duduk di "ruai" dan menyerahkan parang yang digunakan kepada orang yang dia telah pilih. Begitulah proses seterusnya sehinggalah semua barang makanan yang disangkutkan pada "ranyai" itu habis dan orang terakhir akan menumbang "ranyai" tersebut.....ok, ....hehe...njoi...:-p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...