Buah Engkala

Pernah dengar atau melihat Buah Engkala?? Kalau orang Sarawak memang tahu buah ini. Siapa yang nak cuba makan, sila datang ke Sarawak...;)....Saya tak pasti kalau buah ini ada di Semenanjung... 
Mengikut kajian yang telah dijalankan, buah engkala merupakan famili kepada Avocado. Buah Engkala yang belum masak adalah berwarna hijau dan apabila masak buahnya akan berwarna merah seperti gambar dibawah. 

Buah sememangnya banyak terdapat di Sarawak dan dijual di pasar tamu kalau tiba musimnya. Rasanya berlemak dan manis. Cara makannya: Rendamkan dalam air panas (jangan terlampau panas la) selama 5 minit. Selepas buah ini menjadi lembut, campur sedikit garam untuk memberi rasa....:)


Buah Engkala yang dah masak
Isi luar dan dalam
p/s: kalau makan buah ini kena berhati-hati sebab kadang-kadang terjumpa ulat buah masa nak makan...;)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...