Homestay Kampung Sungai Labu, Labuan


Lambang Utama Kampung Sungai Labu

Kampung Sungai Labu berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Pantai yang "clean and clear"
Keadaan cuaca pada waktu pagi

Kampung Sungai Labu yang masih mengekalkan kehidupan kekampungan...
Ini merupakan kali yang kedua saya melawat homestay di Sabah. Pertama, saya berada di Homestay Kundasang dan kedua di Homestay Kampung Sungai Labu, Labuan. Kampung Sungai Labu merupakan  sebuah homestay yang harus dilawati dan tinggal bersama orang kampung disini kerana keindahan kampung yang memukau para pengunjung dan juga kemesraan serta layanan yang diberikan oleh penduduk kampung disini. 

Homestay Kampung Sungai Labu terletak 11km dari Lapangan Terbang Airport dan 12km dari bandar Labuan. Pengangkutan awam juga disediakan setiap masa untuk sampai ke kampung ini. Kampung Sungai Labu mempunyai sejarah tersendiri. Ceritanya bermula......

"Nama Kampung Sungai Labu berkait rapat dengan peperangan yang berlaku di Negara China satu ketika dahulu. Penduduk dari Negara China telah melarikan diri ke kampung ini dengan menaiki tongkang melalui sebatang sungai  di kampung ini. Penduduk Cina ketika itu membawa buah labu sebagai bekalan semasa mereka melarikan diri dari peperangan.
Apabila hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama seminggu mengakibatkan terjadinya banjir besar berlaku di kampung ini. Buah labu yang menjadi bekalan  kaum Cina itu turut dibawa arus air sungai. Tanpa diduga, selepas banjir berhenti, benih-benih labu yang bertaburan di sepanjang sungai mula bercambah. Akibat daripada peristiwa ini, maka, penduduk kampung menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Labu berdasarkan peristiwa  benih-benih labu yang bercambah di sepanjang sungai kampung tersebut."


# Tujuan saya berada di Kampung Sungai Labu adalah untuk menjalankan kajian mengenai Homestay ini. Saya bersama course mate Hotel Management dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu telah merasai kehidupan bersama "Mak dan bapak angkat" di kampung sungai labu selama 3 hari 2 malam. 


Antara aktiviti yang kami jalankan bersama dengan penduduk Kampung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...