Rumah Terbalik @ Tamparuli Sabah

Rumah terbalik yang terletak di Tamparuli Sabah terbuka kepada semua pengunjung. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tamparuli mengambil masa 40 minit dan kurang dari 1 jam.
Struktur binaan rumah yang terbalik telah menarik minat pengunjung dan membuat kita tertanya-tanya bagaimana pemiliknya terfikir untuk membina rumah terbalik

Jambatan kecil dibina untuk memudahkan perjalanan masuk ke dalam rumah. Sebelum Masuk kedalam rumah, pengunjung dikehendaki memukul gong sebanyak 3 kali. Selepas itu mengetuk pintu rumah untuk menandakan bahawa anda ingin masuk kedalam rumah.

Benda pertama yang saya lihat ialah sebuah kereta kancil yang di terbalikkan. Keadaan ini membuatkan saya tertanya-tanya bagaimana kereta ini dilekatkan. Pengunjung tidak dibenarkan untuk menyentuh kereta ini.

Kuanter disediakan untuk membeli ticket masuk. Dewasa: RM18.00, Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM5.00, Kanak-kanak bawah 3 tahun: Free

*Pelajar yang membawa kad pelajar akan dikenakan separuh.

* For Local, charges are RM10 untuk dewasa.

Inilah tempat masuk ke kawasan Rumah Terbalik. Sebelum masuk ke kawasan rumah terbalik, para pekerja akan mrmberi taklimat ringkas oleh pekerja disitu. Terdapat tiga peraturan yang harus dipatuhi, iaitu:
1. Pengunjung tidak dibenarkan untuk menyentuh barang-barang yang ada didalam rumah
2. Pengunjung hanya dibenarkan berjalan diatas karpet merah yang telah disediakan didalam rumah
3. Pengunjung juga tidak dibenarkan mengambil gambar didalam rumah. 


Tamu merupakan temapat untuk membeli barang cederahati.
Antara barangan yang dijual di Tamu
Antara baju yang dijual untuk dijadikan kenangan
Kedai Kopi juga disediakan untuk pengunjung menikmati makanan 
Antara roti yang dijual

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...