Saya terbang ke Korea


Saya terbang ke Korea?? Harap-harap menjadi kenyataan...haha...tapi tajuk post sebenarnya saya ingin mengatakan bahawa saya mula meminati menonton drama Korea....haha.....cuti semester selama 4 bulan menyebabkan saya terpengaruh dengan drama Korea....sebelum ini, saya langsung tak layan drama Korea sebab saya tak suka bahasa Korea dan cerita yang terlampau romantik...tapi selama 4 bulan ini, drama Korea tak la semua romantik dan bahasanya juga sedap didengar....haha.....So, never say no sebelum menonton yerrr.....hahaha



Terima kasih kerana sudi singgah di ChelzLensa Photography.....peace untuk anda......

Facebook wasting my time since 2008

Facebook chelz rachel...hehe


 Kali ini saya ingin berkongsi kisah saya dengan facebook semenjak saya menggunakannya dari tahun 2008 ( 3 tahun laaa...) dengan pembaca blog ChelzLensa Photography. Post kali ini tiada kaitan dengan photography...hehe...Pada pendapat saya la, Facebook nie telah membuang masa saya selama 3 tahun dengan meng'update' status yang bermacam-macam karenah..haha...tapi ada juga status yang berfaedah kan....Semenjak 3 tahun saya menggunakan Facebook pelbagai perkara yang telah diihat contohnya:

update status yang pelik......

tempat lepas stress (kdg2 aku pun macam nie..tapi sekarang tidak)

selalu marah-marah orang lain (memaki hamun la....hehe)

member-member FB yang menggunakan perkhidmatan telekomunikasi utk update status (mcm Via celcom, via digi) selalu tersalah tertaip status..actually diaorang hantar sms tapi tersalah hantar pergi nombor FB pulak....hahaha......

selalu memuji diri sendiri (aku pun macam nie juga la sebab orang tak nak puji, biar FB la puji)

upload gambar-gambar untuk dikongsi bersama kawan-kawan FB....hehe

tempat mencari rakan-rakan yang telah terpisah sekian lama....(saya pun tengah mencari)

tempat untuk berkongsi gambar ( suka tag gambar...kalau gambar yg senonoh ok la..tapi ada juga yg tag gambar yang mem'buta'kan mata.....(gambar lucah...)...kadang-kadang ada juga yang tag gambar masa diaorang pegang duit berjuta-juta dalam tangan...

masalah gf and bf pun masuk FB (mungkin mereka ingin mendapat simpati @ dorongan dari kawan-kawan FB)

masalah rumah tangga....(jangan la dibawa masuk dalam facebook...selesaikan secara face 2 face..)

suka menggunakan profile pic yg tidak menunjukkan wajah diri sndiri....(ok juga la tu...tak penting bagi saya)

suka mengata-gata orang lain sedangkan diri-sendiri pun 2 x 5 je.......

ada juga yang cemburu dengan rakan FB ( tak pernah jumpa face to face pun nak dicemburi....mungkin ini cemburu alam siber kot....haha)

menggunakan info peribadi yang lucu (cthnya: current city di German, live in Korea...then bila saya tanya betul ke? and dia bilang " tak la tipu je tu"...hehe).......tapi better if tidak terlalu mendedahkan info peribadi yang benar....

apabila kawan-kawan FB suka tukar status relationships (dari single--->married---->divorced) lepas itu bila ditanya dia bilang suka-suka tukar...

berkongsi muzik and movie terbaru (ini paling saya suka)....

tempat jual barang-barang secara online (cthnya: baju tidur, pakaian dalam, kasut...dll)....ini merupakan kaedah yang boleh memajukan perniagaan...keep it up....

membangkitkan isu-isu sentisitif (cthnya: agama, politik dll)

buat group yang pelik2

dapat berkongsi minat (cthnya: photography)

mencari cinta dalam FB (banyak juga telah mendapat cinta dalam FB sampai ada yang kahwin...taniah) mungkin ini adalah jodoh....

menyebarkan virus!!....

soalan yang selalu ditanya ' dah ada bf? tak kan tak kot? muka cantik and cute lagi tu)....haha....soalan yang selalu masuk inbox.....haha

suka add orang sebarangan sebab nak kasi penuh friendlist sampai 5000++ orang then buka akaun baru....hahaha...........(tapi jangan la dibandingkan dengan artis....)


+++ ini saja la yang saya perhatikan selama ini...anda bagaimana? kalau ada sesiapa pembaca blog ini ingin menambah isi-isi penting boleh la komen yerr....hehe +++

Terima kasih kerana sudi singgah di ChelzLensa Photography.....peace untuk anda......


Sokongan pembaca blog ChelzLensa Photography



Terima kasih kepada pengunjung blog chelzLensa Photography ini. Blog ini sebenarnya telah ditubuhkan pada 2009 tetapi saya mula aktif menulis blog dan post gambar pada tahun 2010 sampai sekarang. Mungkin benar juga statistik pengunjung blog saya yang dalam gambar tu...Walaupun tak hebat seperti kaki blogger yang lain tapi saya syukur sebab ada juga orang sedar akan kewujudan blog (memang pon...google je la...cari maklumat)...hehe.... Blog saya ini lebih kepada posting gambar2 yang saya ambil disepanjang hidup saya dengan hobi saya iaitu fotografi....Saya suka gambar yang boleh menceritakan dan ingin kongsikan bersama dengan orang luar.


# saya pun tak sangka orang putih pun cari maklumat dalam blog saya....Thank you.....very much....hehe...Mungkin diarong pakai translator plug in dalam blog saya kot....haha#


Terima kasih kerana sudi singgah sekejap di blog saya...Minta maaf kalau ada silap dan salah...so, Njoi....=)

Kejohanan Sukan Asrama Bola Jaring (ASAT) Peringkat Bahagian Sibu 2011

Gambar Bersama......
Johan- SMK Luar Bandar Sibu
Naib Johan- SMK Rosli Dhoby

Tempat Ketiga- SMK Agama Sibu   





Kejohanan Sukan Asrama Bola Jaring (ASAT) Peringkat Bahagian Sibu 2011 telah diadakan pada 27 hingga 28 Julai 2011 di SMK Luar Bandar Sibu. Melibatkan Lima buah sekolah iaitu SMK Luar Bandar Sibu, SMK Rosli Dhoby, SMK Jalan Oya, SMK Agama dan SMK Ulu Balingian. Johan telah dimenangi oleh SMK Luar Bandar Sibu, Naib Johan SMK Rosli Dhoby dan Tempat Ketiga SMK Agama. Taniah kepada  semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya, bukan bererti anda kalah untuk seumur hidup...Hanya perlu berusaha dan cuba lagi untuk memperoleh kejayaan....=)

# Baru sekarang saya dapat post dan update blog saya sebab agak busy beberapa minggu ini...#
Untuk melihat gambar yang lain boleh klik link dibawah ini:

Terima kasih sudi datang ke blog chelzLensa Photography..Jangan lupa untuk menjadi follower blog ini..Kalau ada silap dan salah MINTA MAAF....So, Njoi....=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...