Showing posts with label Street Photography. Show all posts
Showing posts with label Street Photography. Show all posts

Zaman kanak-kanak

"If you carry your childhood with you, you never become older"
-Tom Stoppard-

(Sampai ke tua perangai macam budak-budak...=D)

Street Photography di Kudat Sabah

Fotografi jalanan kali ini saya berada di kawasan pasar tamu, Kudat Sabah. 










Aku di Kudat Sabah...


Akhirnya saya menjejakkan kaki di Kudat Sabah.. Ini la benda yang saya impikan. Selama ini hanya tengok dalam gambar jak. Pergi sini sebenar nya tiada dalam perancangan sebab masa ini minggu study week (3 hari lagi nak exam). Tapi, bila kawan dah ajak, tanpa pikir panjang terus ON..hehe... Kami bertolak dari Universiti jam 3am naik Van Sewa. Pak Guard yang jaga gate utama pun pelik tengok kami jalan jam 3am. Perjalanan yang mengambil masa selama 2jam 1/2 akhirnya sampai di The Tip of Borneo @ simpang mengayau. Cuaca agak sejuk dengan angin yang terlampau kuat.

The Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau. 
Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki di sini...=) Kalau boleh, jangan turun ke bawah tu. sebab ombak besar akan tiba-tiba ada. Tapi kawan yang pakai baju merah tu tak takut..huhu
Jalan untuk menuju ke The Tip Of Borneo. Keadaan cuaca masa ini hujan dan berkabus, so jalan agak licin.
Tempat menjual tempurung Siput yang boleh menarik minat pengujung datang singgah dan membeli
Sebuah tokong yang ada di pekan Kudat. Tokong Fu (Kalau tak silap). Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki masuk kedalam tokong sebab tokong ini telah menarik minat saya kerana seni binaan yang menarik minta lensa kamera untuk ambil gambar simpan sebagai kenangan.
Bandar Kudat ketika ini agak sunyi kecuali berada di pasar tamu.

Pasar Tamu di Kudat. Pelbagai barangan dijual seperti hasil tanaman dan barangan tradisional 
Pelabuhan di Kudat
Saya berada di atas Jeti Pelabuhan Kudat
Antara hasil tangkapan oleh nelayan2 di Jeti Pelabuhan Kudat
Mini Zoo ini terletak di tepi jalan sebelum sampai Kudat. Harga masuk RM5.00. Antara haiwan yang terdapat dalam zoo ini ialah Monyet, Burung Unta, Ayam, Burung Tua dan sebagainya. So, datangla ke sini.
Maranjak LongHouse Lodge merupakan sebuah binaan rumah panjang kaum Rungus di Kudat Sabah. Pengunjung boleh datang melawat atau tinggal di Lodge yang disediakan. 
Binaan rumah panjang kaum Rungus dari luar
Dalam Rumah Panjang. Struktur binaan yang menggunakan kayu dan buluh.
Ketika saya berada di tempat membuat Gong yang merupakan alat muzik tradisional. Pembuatan Gong disini merupakan dibawah Persatuan Momogun Rungus Sabah Samora, Kudat Sabah
Antara Gong yang telah siap untuk dijual. Harga setiap gong adalah berbeza mengikuti Saiz dan bahan yang digunakan.
Gombizou Kampung Madu merupakan tempat penghasilan madu. Penternakan Lebah juga dijalankan disini. Hasil madu tersebut akan dijual kepada pengunjung yang datang ke Kampung Madu.

Madu-madu yang dijual dengan harga berbeza. Semua madu yang dijual adalah ASLI dan berbeza dengan madu yang dijual di pasar
Botol besar mempunyai harga yang lebih mahal
Saya ikut mak cik nie pergi kawasan penternakan Lebah, Harga masuk ke tempat ini hanya rm3. Mak Cik ini menerangkan cara menternak hingga la proses pengambilan madu. Benda yang dipegang oleh mak cik itu merupakan sejenis tin yang mengandungi asap daripada kulit kelapa tua. Tujuannya adalah untuk memabukkan Lebah supaya tidak menyengat. 

Ini merupakan anak lebah. Masih tidak kelihatan banyak madu yang dihasilkan
Geli? haha...Gambar kabur sebab saya lupa nak adjust kerana takut..Saya tak guna zoom lens. Saya hanya guna lens 35mm 1.8G dimana saya zoom guna kaki...hehe
Pernah rasa Lokan Panggang? Kalau nak cuba, boleh datang ke gerai ini yang terletak di area IP (saya tak tahu jalan ini dimana)..haha





Perasaan

f/5.6 | 1/320 sec | ISO200 | 280mm | A.5


Gambar ini diambil ketika saya berada di sebuah taman reakrasi. Reakrasi budak lelaki ini telah menarik minat saya dimana lelaki ini sedang melayan perasaan yang saya tak ketahui.

Tamu Besar Kota Belud

Pada 29 hingga 30 oktober 2011, Kota Belud telah menjadi tumpuan para pelancong sempena sambutan Tamu Besar Kota Belud 2011. Tamu Besar merupakan sebuah Tamu yang besar dan popular di sabah dan dikenali sebagai "Koboi Town". Tamu Besar merupakan aktiviti tahunan yang diadakan pada bulan oktober dimana masyarakat tempatan mempamerkan barangan buatan tangan seperti kraftangan, makanan tempatan dan minuman untuk dijual kepada pelawat. Para peniaga juga dapat mengaut keuntungan daripada hasil jualan.


Pintu masuk utama ke Tamu Besar Kota Belud

Pameran dan Demonstrasi Kuih Tradisi. Pelbagai jenis makanan tempatan telah dipamerkan disini. Pelawat juga boleh menikmati dan mencuba makanan tradisi yang telah dimasak. Antara kuih muih yang boleh dipamerkan ialah kuih cincin, kuih penjaram, kuih gelang dan sebagainya.
"Parang Bajau" buatan tangan. Parang ini kebanyakkannya dibuat oleh Masyarakat Bajau dan Iranun yang tinggal di daerah Kota Belud. Keunikan parang ini dari mata saya ialah kehalusan seni ukiran yang dipamerkan. Bukan mudah untuk mengukir parang ini. Saya sempat bertanya salah seorang peserta pameran ini mengenai berapa lama untuk menghasilkan parang berukir. Beliau berkata, mengikut corak ukiran dan kehalusan yang ingin dihasilkan.

Pertandingan Ratu Cantik atau dikenali sebagai 'Ratu Serimpak/Senisip'. Pakaian lelaki itu, saya tak berapa ingat dia ikut pertandigan apa...huhu...Semua peserta Ratu Cantik akan memakai pakaian tradisional seperti Serimpak, badu sipak, sarong olos berangkit dan tali pinggang perak.

Pertandingan ternakan juga dijalankan dimana pelbagai jenis ternakan dipamerkan seperti ayam jantan, itik, arnab dan kucing import/local. Pertandingan yang menarik minat saya ialah Pertandingan Kucing...hehe...Keadaan agak sesak semasa pertandingan ini dijalankan kerana pelawat bersesak untuk memegang kucing....haha...
 
Hasil tanaman juga dipamerkan. Pelbagai jenis buah-buahan dipamerkan. Terdapat saiz buah-buahan yang besar daripada biasa.











Koboi Kota Belud segak berpakaian dengan kuda yang dihiasi dengan pelbagi warna. Gambar ini saya ambil dari SINI.  Saya tidak berada disini semasa acara ini berlangsung kerana balik awal ke Kota Kinabalu. Saya terlepas untuk menyaksikan acara ini...huhu...dan merupakan pekara yang rugi!!...



Pesta Bagandang Beaufort 2011

Perasmian
Antara aktiviti yang dijalankan di Pesta Bagandang. Mereka ini merupaka Wanita UMNO...Layanan yang diberikan TERBAIK....Thankz buat Kakak-kakak warna Merah nie....

Jualan yang dijalankan semasa Pesta Bagandang
Pesta Bagandang telah diadakan pada 29 dan 30 Oktober 2011 di Pekan Beaufort yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Pelbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan Pesta ini antaranya Simfoni Bagandang, Pertandingan Bagandang, Ratu Bagandang, Pameran dan sebagainya (ingin mengetahui lebih lanjut, datanglah ke pesta bagandang)...=D

Makanan Tradisional
# Ini merupakan kali pertama saya berada di Pesta Bagandang dan juga pengalaman pertama semenjak berada di Sabah 2 tahun lepas...=D.... Bagi saya, Pesta Bagandang merupakan satu pesta yang boleh memartabatkan sesebuah seni kerana  pelbagai etnik dan tradisi yang dipamerkan semasa Pesta Bagandang dijalankan. Para peniaga juga boleh mengaut keuntungan daripada hasil jualan kerana pada masa ini ramai pengunjung bebelanja untuk membeli barang. Antara hasil jualan yang saya lihat ialah makanan, hasil tanaman (DURIAN!!! Sayangnya saya tak makan...waaaawa) dan kraftangan. Tapi, yang menarik minat saya ialah Pameran berkaitan dengan kebudayaan sebab ini merupakan peluang saya untuk mengenali dan mendekati budaya dan masyarakat suku kaum di Beaufort. Makanan tradisional juga menarik minat saya untuk mencuba.....hehe...(Muka saya yang tak tahu malu..makan sesuka hati dengan FREE...ahahaha)......Cuaca?? Panas!!!....Sunburn ooo....Tapi tak apa la..asalkan Enjoy!...haha

#Tujuan saya berada disini?? Saya menjalankan kajian mengenai Pesta Bagandang....weeee....=D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...