Showing posts with label Sembang Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Sembang Fotografi. Show all posts

Dia kudung....Tapi fotografer wanita...

"APA YANG PENTING IALAH: SIAPA WANITA DISEBALIK KAMERA" 

Rusidah Badawi, seorang fotografer dari Indonesia yang hidup tanpa kedua-dua belah tangannya. Ketika usianya 12 tahun, Rusidah mengalami kemalangan buruk sehingga menyebabkan dua belah tangannya dipotong. Tapi, bagaimana seseorang yang kudung dapat memegang kamera? Hanya foto di bawah dapat menceritakan segalanya. 

Setelah tamat sekolah menengah, Rusidah telah menjadi seorang pelajar di pusat latihan untuk orang cacat. Disinilah Rusidah mengenali dunia fotografi. Cita-cita untuk menjadi seorang fotografer tercapai dan beliau telah menjadikan rumahnya sebagai studio. 

Kamera pertama yang digunakan Rusidah ialah Pentax K1000 yang dipinjamkan oleh guru fotografinya. Dengan menggunakan kamera pertamanya, Rusidah telah dibayar untuk mengambil gambar majlis perkahwinan, majlis rasmi dan juga gambar pasport.




Canon telah memberikan Rusidah sebuah kamera EOS 550D dengan Speedlite 430E. Sehingga kini, beliau masih bergiat dalam dunia fotografi.



"Butuh waktu lima menit untuk melakukan hal yang bisa dilakukan orang normal satu menit. Saya tidak akan menyerah untuk meraih cita-cita dan terus berusaha keras. Saya ingin menunjukkan kepada banyak orang bahwa orang cacat juga bisa melakukan sesuatu,”- Rusidah Badawi.

Saya chelzRachel, empunya blog chelzLensa sangat respect Rusidah Badawi!

Lelaki dua muka!

Bobb Leland, seorang fotografer dari Amerika telah mempersembahkan foto terbaru yang bertemakan "Half Drag". Beliau telah menggunakan model lelaki untuk di make-up kan separuh. ;p







Gambar Sebelum Terjun Bangunan

Foto yang anda lihat merupakan hasil daripada seorang fotografer dari Korea Selatan Jun Ahn (Gadis dalam gambar). Kita akan berfikir bahawa gambar ini adalah dimanipulasikan menggunakan photoshop. Namun, sangkaan adalah salah. Jun Ahn hanya menggunakan self timer dan mengambil gambar sehingga memory card full. Daripada beribu gambar yang diambil, hanya beberapa sahaja yang boleh menampakkan foto itu seakan hidup. 






via: Ahn Jun

Haiwan pun Senyum

Fotografer yang berjaya mengambil gambar haiwan yang pandai senyum.







Siapakah gadis misteri ini?

Photo Project seakan bertemakan "Girl Lead You By The Hand" ini telah menjadi misteri kerana gadis dalam gambar tersebut masih belum diketahui. Namun, konsep gambar ini seperti membawa kita mengelilingi dunia bersama "si gadis misteri".









via: Sumber

Cermin masa lalu

Seandainya di rumah kita sekarang ada sebuah cermin yang boleh merefleksikan wajah kita pada zaman kanak-kanak riang dahulu....Inila yang cuba dilakukan oleh seorang photographer Tom Hussey mengenai karya beliau iaitu "Mirror of The Past" yang memotretkan orang tua sedang melihat cermin yang mengimbau kembali zaman mudanya. 






Nikon D7100

Nikon telah melancarkan model terbaru kamera DSLR iaitu Nikon D7100 selepas D7000 dua tahun lepas. Nikon memperkenalkan D7100 pada 21 February 2013 sehingga menggemparkan peminat-peminat photography. 
 Kalau dibandingkan dengan Nikon D7000, D7100 bukan hanya upgrade sensor tetapi meningkatkan autofocus (AF) dari 39 AF points ke 51 points


Speksifikasi:

Image sensor : 24.1 megapiksel CMOS, Nikon DX format
- Nikon EXPEED 3 image-processing engine
- Modul Advanced Multi-CAM 3500DX autofocus sensor dengan 51 focus points
- 3D Color Matrix Metering II 2,016-pixel RGB sensor
- Sensitivitas ISO : 100 hingga 6400 (dapat di-boost hingga 25600)
- Display : 3.2-inch, TFT LCD
- Center cross-type focus point mendukung autofocusing menggunakan lensa dengan aperture maksimum f/8
- 1.3x crop of DX mode
- Viewfinder dengan 100% frame coverage dan 0.94x magnification ratio.

Haiwan Shopping di Supermarket

Agan Harahap

Merupakan seorang photographer dari Indonesia. Gambar di bawah merupakan hasil daripada project terbaru beliau bertajuk "Fresh Garden". Gambar yang dihasilkan memperlihatkan seakan-akan seekor haiwan membeli belah di supermarket. 










Via:  Agan Harahap, Odd Stuff Margazine

ChelzLensa Photography

Akhirnya, saya dapat membuat satu page di Facebook iaitu chelzLensa Photography. Tujuan saya buat page sendiri sebab saya gunakan untuk upload hasil foto yang ingin saya kongsikan bersama kaki gambar. Saya juga mengalu-alukan  kaki gambar upload hasil foto di page ChelzLensa Photography supaya saya turut dapat share foto anda. ;D. Kalau ada sesiapa nak share link page facebook, boleh komen dibawah. Sharing is Caring.
Link: ChelzLensa Photography 
@
Klik like ChelzLensa Photography sebelah kanan tu. Thanks. 


Dry Box untuk camera ChelzLensa

Fungus yang hidup dalam Lens. 

Dry Box merupakan tempat untuk menyimpan lens dan camera supaya tidak diserang fungus. Harga sebuah dry box boleh mencecah ribuan ringgit. Saya mampu? Bagi yang tak mampu, bolehla buat dry box sendiri macam saya. ;D 

Dry box yang original...;)


Ini Dry Box yang saya buat sendiri. Beli plastik box yang boleh memuatkan camera dan lens. Lepas itu, beli satu penyerap kelembapan (seperti benda berwarna hijau). pssstt: Kalau boleh guna silica gel sebab penyerap kelembapan boleh memberi kesan yang lain. Contohnya? Google!..;D

Dry Box saya yang ada  "teddy bear"...;)

# Kalau dah simpan camera dalam box, jangan pula biarkan camera dalam box selama bertahun-tahun..;) Rajin-rajinla bermain dengan camera tu...;)

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...