Showing posts with label Landscape. Show all posts
Showing posts with label Landscape. Show all posts

Matahari Malam


Kehangatan terasa gara-gara sekarang tengah jerebu. Gambar ini diambil dari kawasan rumah dengan menggunakan lens 55-300mm. 

Kiulu Tamparuli, Sabah

Masa ini saya baru selesai aktiviti Rafting di Sungai Kiulu. Sempat ambil gambar ini. Nanti saya upload gambar masa pergi Rafting. 


Hometown @ Sibu

Captured from Kingwood Hotel Sibu using SE Experia X10


St. Michael's and All Angels Church @ Sandakan


Gereja St Michael and All Angels merupakan tempat yang harus dilawati ketika berada di Sandakan. Ini merupakan pengalaman pertama saya berada disini. Namun, saya tidak berpeluang untuk melihat struktur dalaman bangunan ini kerana masa untuk melawat telah tutup. Masa untuk melawat gereja ini:

Isnin Hingga Sabtu - 9.30am - 3.30pm
Ahad dan Cuti Umum- TUTUP
Bayaran masuk: Pelancong (RM 30 termasuk souvenirs)
                            Malaysian (RM 10)
                            Children (Free)



Saya berada di bahagian kanan bangunan yang turut mempunyai seni bina yang menarik




Gereja ini merupakan bangunan yang pertama di Sandakan. Gereja ini di reka oleh pereka dari New Zealand Mr B W Mountfort dan pembinaan bermula pada tahun 1893. Bangunan ini mulanya dibina menggunakan kayu belian dan diikuti batu-bata. 

Kuil Puu Jih Shih @ Sandakan

Puu Jih Shih merupakan sebuah kuil yang sangat popular di Sandakan. Kuil ini terletak di atas bukit dan mengambil masa 4km untuk sampai dari bandar Sandakan.





Kuil Puu Jih Shih merupakan kuil yang terbesar di Sandakan. Letaknya di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan Kuil Puu Jih Shih yang cantik dan sifatnya curam dan kemewahannya membuatnya begitu mudah ternampak di Bandar Sandakan. Pembinaan telah menggunakan US$1 juta dan mengambil masa tiga tahun.  Untuk memperlengkapkan hiasan dalaman ia memerlukan lebih kurang US$1 juta, dan akhir sekali dirasmikan pada 26 September 1987.  Pintu depan kuil ini menghadap bukit yang curam. Tiga patung Buddha yang berada diatas tempat pemujaan hampir memenuhi kawasan dalam kuil ini. Setiap patung dibuat daripada kayu jati dan di palut lapisan emas serta cat emas. Ketinggian patung ini ialah 23 kaki dengan keberatan ½ tan. Terdapat tanglung-tanglung yang tingginya 20 kaki di buat dari Taiwan, setiap tanglung ini mempunyai lampu yang berasingan sebanyak 1,700 buah di sisi tempat pemujaan. Terdapat juga banyak tempat pemujaan yang kecil dan patung-patung buddha di setiap tepi kuil ini, kesemua tempat pemujaan dan patung-patung Buddha ini di impot dari Macau. 34 tiang-tiang di kuil ini juga di buat dari Macau dan terdapat ukiran naga dari kayu jati dan lapisan emas.

Keindahan dari Kolej Kediaman CD

Permandangan dari luar bilik hostel saya di Kolej Kediaman CD Universiti Malaysia Sabah
1/30sec | f/4.5 | ISO400 | 18mm

Pantai di Simpang Mengayau

:: Perahu usang terdampar di pantai ::

Berhadapan dengan Laut Sulu dan Laut Cina Selatan ( Pertembungan dua lautan di simpang mengayau....)
 1/320s | f/1.8 | Iso-100 | EB:1.67eV | 35mm

The Tip of Borneo, Kudat Sabah


The Tip of Borneo, Sabah atau Simpang Mengayau akan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pengunjung yang datang ke sini. Pengunjung akan mengalami sendiri fenomena unik dimana pengunjung akan menyaksikan arus Laut China Selatan dan Laut Sulu bercantum menjadi satu. Pengunjung juga boleh melihat matahari terbit dan benam di sini. 

Simpang Mengayau terletak kira-kira 40 kilometer dari pekan Kudat. Pengunjung boleh menaiki kereta untuk ke tempat ini dimana jalan raya yang berturap. Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 1/2. 

Pemandangan Jauh...Didekatkan Lensa

Apartment One Borneo

Masjid Universiti Malaysia Sabah

Permandangan dari Hostel.....
Aktiviti mengelakkan kebosanan saya dengan bermain kamera....Melihat permandangan menggunakan lens 55-300mm..

Ketika Senja dan mendung............

Senja

Mendung
Post kali ini gambar senja dan mendung.....Ketika senja dan mendung menjelma depan RUMAH...hehe....
Gambar diatas diambil depan rumah...mengisi masa lapang saya dengan DSLR kesayangan...Keindahan ciptaan Tuhan yang membuat aku tergoda. 
Keadaan cuaca sekarang tidak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Kadang-kadang saya selalu menyalahkan panas dan hujan. Bak kata: Panas salah hujan pun salah...hehe....
Masa capat berlalu...
1 bulan lagi saya masih berada di hometown...
lepas itu, terpaksa pergi Sabah...study...=)
tak ada lagi ambil gambar depan rumah....hehe
gonna miss my hometown....hhuhu....
btw, life must goes on...ceehhwaahh....
so, be happy chelz...=)

Bot Itu Usang........


Mungkin suatu ketika bot ini telah banyak berjasa kepada tuannya..Kerana keusangan terpaksa membiarkan ia ditenggelami air lautan. Akhirnya menjadi tempat ikan-ikan berlindung.....

Bulan waktu pagi



Bulan waktu pagi?? Kenapa tajuk post begitu?? Saya bagi tajuk post bulan waktu pagi sebab saya shoot gambar ini jam 2.30am...Tapi sayang, bulan ini bukan bulan penuh. Ini merupakan pertama kali saya shoot bulan..Gambar ini nampak blur sebab saya tak pakai tripod.Kalau pakai tripod maybe ok lagi...hehe....Kalau ada sesiapa yang tahu cara shoot bulan tolong komen yerr....saya nak belajar!...hehe

Waktu Senja Di Sibu Sarawak



Gambar di atas diambil di Bawang Assan Sibu,Sarawak. Walaupun saya orang Sibu Sarawak, saya baru tahu bahawa Sibu ada Sunset yang cantik..Pertama kali saya melihat waktu senja bergini...hehehe.....

Friendships...


Gambar diatas di'snap' di Bawang Assan Sibu (Homestay) dimana tempat kami menginap untuk 1 malam sebelum kami bertolak ke Kuching keesokkan hari nya. 4 orang yang ada dalam gambar merupakan rakan satu course. Mereka sudi dijadikan subjek dalam photography saya....BTW, Njoi....=)

Kampung Gurlz...

Apa yang ada di Kampung Saya.....???


Keindahan pada waktu pagi........

bukan sungai tapi tali air.....haha




siapa punya selipar terapung-apung ini??

Sungai Batang Lupar Sarawak

Kepada pengunjung blog ini yang belum pernah tengok Sungai Batang Lupar yang popular dengan bujang senang (buaya), ini lah gambar Sungai Batang Lupar.....so, Njoi...... ;-)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...