Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Musim Buah @ Sibu

Buah Esu. Keluarga kepada buah durian tetapi mempunyai rasa yang berbeza. Buah Esu juga ada yang berwarna Merah dan Jingga

Buah Ma. Rasa masam dan isi seperti buah rambutan. Kulit buah ini keras.

Buah Dabai. Kulit berwarna hitam dan isi berwarna kuning yang berlemak. Harga 1kg boleh mencecah sehingga RM30. 

Isi Buah Dabai

Aktiviti berjual yang terdapat di kawasan Market Sibu

Longgokan buah durian. Harga dijual  sehingga 1 biji RM1 @ 0.50sen sebab buah yang terlampau banyak.

Buah Rambutan Budak Sekolah. Isi manis dan keras. Dijual 1 kilo RM3.
Rambutan Budak Sekolah

Aktiviti berjual di kawasan Shopping Complex

Buah langsat


Bubur Buang Panas


Kalau cuaca panas pasti pilihan bubur buang panas..hehe.. Bahan yang penting digunakan dalam bubur buang panas ini semestinya Ais, Red Dates, Gula Kundur, Barli, and Agar-agar. Rasanya semestinya manis. Kalau tak manis tak sedap..;).

Mee Udang

Mee Udang (non Halal)
Price: RM 8.00
Location: Yummy Cafe Sibu
Captured using SE x10


Mee Papan

Mee Papan (Non-halal)
Location: Sing Kwong Food Court Sibu, Sarawak
Price: RM 6.00
Captured using: SE X10


Umai Ikan Empirang | SUSHI SARAWAK


Umai merupakan sejenis makanan popular bagi masyarakat di Sarawak dan Sabah ( umai bagi sabah saya lupa, kalau ada yang tahu tolong bagi tahu...hehe...Umai popular dalam kalangan masyarakat Melanau area Mukah...Namun, kini umai telah menjadi makanan popular bagi semua masyarakat kerana makanan ini sangat senang untuk dibuat...Umai juga boleh dikenali sebagai SUSHI SARAWAK....haha...sebab umai juga menggunakan ikan mentah (tanpa dimasak)...

Bunga Misai Kucing

This flower called Misai Kucing or in scientific name Orthosiphon Stamineus (sound weird and hard to pronounce....haha) . Misai Kucing is the flower of an herbal plant and I took this pic behind my house. ;)

Buah Engkala

Pernah dengar atau melihat Buah Engkala?? Kalau orang Sarawak memang tahu buah ini. Siapa yang nak cuba makan, sila datang ke Sarawak...;)....Saya tak pasti kalau buah ini ada di Semenanjung... 
Mengikut kajian yang telah dijalankan, buah engkala merupakan famili kepada Avocado. Buah Engkala yang belum masak adalah berwarna hijau dan apabila masak buahnya akan berwarna merah seperti gambar dibawah. 

Buah sememangnya banyak terdapat di Sarawak dan dijual di pasar tamu kalau tiba musimnya. Rasanya berlemak dan manis. Cara makannya: Rendamkan dalam air panas (jangan terlampau panas la) selama 5 minit. Selepas buah ini menjadi lembut, campur sedikit garam untuk memberi rasa....:)


Buah Engkala yang dah masak
Isi luar dan dalam
p/s: kalau makan buah ini kena berhati-hati sebab kadang-kadang terjumpa ulat buah masa nak makan...;)

Food -part 7-

Mee RM1.00
Daging NON HALAL
Terung Sup + Daging NON HALAL
Mee RM 1.80
Tauhu 
Sup campur: fish ball, tauhu, daging NON HALAL
Tauhu Kari


Nasi Ayam~~

My Feveret food ever~~
Nasi ayam........
Foto captured using Iphone 4....weeee......not belong to me.....hahaha

Laksa~~

Yum--Yum--

Lama nyer tak update blog saya nie....busy...busy...busy...and tak ada masa nak ambil gambar..huhu....
Kenapa saya post gambar Laksa? sebab sekarang ini saya mengidam nak makan Laksa buatan sendiri...Laksa dalam gambar diatas, saya yang masak....rasanya lebih sedap dari kedai....hehe...nak resepi? saya masak Laksa langsung tiada pakai resepi....haha...so, njoi...=)




Umai

Umai yang dibuat oleh saya...=)
Umai merupakan sejenis makanan popular bagi masyarakat di Sarawak dan Sabah ( umai bagi sabah saya lupa, kalau ada yang tahu tolong bagi tahu...hehe...Umai popular dalam kalangan masyarakat Melanau area Mukah...Namun, kini umai telah menjadi makanan popular bagi semua masyarakat kerana makanan ini sangat senang untuk dibuat...Umai juga boleh dikenali sebagai SUSHI SARAWAK....haha...sebab umai juga menggunakan ikan mentah (tanpa dimasak)...

Bahan-bahan untuk membuat umai senang untuk didapati. Ikan Empirang, Tenggiri, udang, sotong boleh digunakan untuk membuat umai..yang paling penting mesti ada limau dan cili...Garam dan Ajinomoto untuk memberi perasa..dan juga bawang besar dan merah juga digunakan....

Umai merupakan makanan kegemaran saya dan saya tahu membuat umai (sangat senang).....Semangkuk besar (seperti dalam gambar diatas), saya boleh habiskan....=)....Kalau nak tahu cara membuat, rajin-rajin tanya GOOGLE.....banyak resipi Umai dia tahu....hehe.....so, Njoi...


#Kalau silap tolong betulkan....Mak Kasih sebab membaca...komen la...hehe..#

Ulat Sago

Gambar ini diambil dari website SINI
Aktiviti bermula dengan membelah pokok Sagu yang telah ditebang
Saya sibuk mencari ulat sago/ulat mulong

Cari sampai dapat


Kali ini saya post mengenai aktiviti saya masuk hutan mencari ulat sago/ulat mulong (Tinduh bagi kaum iban). Perjalanan ke tempat ini mengambil masa 15minit dari rumah panjang saya. Pokok Sago akan ditebang dan akan dibiarkan selama beberapa bulan untuk memastikan ulat sago membiak. Pokok Sago dalam gambar diatas telah dibiarkan selama 2 bulan. Masa mencari Ulat Sago ini sangat seronok sebab bila batang pokok sago dibelah akan kelihatan 4 hingga 6 ekor ulat sago melekat dicelah-celah batang. So, cepat2la tangkap ulat sago itu sebelum ulat itu masuk kembali ke dalam batang. Langsung tak rasa geli bila ulat itu berada dalam genggaman..hehe
Ulat Sago merupakan makanan popular bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, Ulat Sago popular bagi kaum Melanau (area Mukah) tetapi ada juga kaum lain makan ulat sago ini. Ulat Sago boleh dimakan mentah, dimasak, atau digoreng (jadi keropok..yummy). Saya tahu makanan ini sangat sedap tetapi bagi saya 1 ekor dah cukup (tak makan banyak...=p.). Tetapi keluarga saya sangat minat makan ulat sago masak kicap....haha...
Kalau ada dijual di pasar, orang ramai akan berebut-rebut membeli ulat sago ini. Kalau tak silap saya harga seekor ulat sago 0.50sen. Tak tahu la harga sekarang. Mungkin dah naik kot.. Ulat sago ini ada protien dan sangat berlemak (jangan makan banyak yer) hehehe. 

#Gambar diatas diambil menggunakan handphone Nokia E63. Saya tak bawa kamera dslr saya masuk hutan sebab masa ini hujan renyai-renyai turun dan kawasan hutan ini banjir. Bukan itu saja, kawasan ini juga banyak pokok berduri. Di kaki saya 4 batang duri melekat (nasib baik bukan lintah yang melekat..huhu)

Mee Kolok

Kolok Mee Warna Merah

Gambar kali ini mengenai makanan popular di Sarawak terutamanya bahagian Kuching Sarawak..Mee Kolok sangat popular dan sedap...Mee Kolok dalam gambar ini NON HALAL....Mee Kolok ada juga yang HALAL....Bagi saya, halal or non halal dua2 sedap walaupun berlainan rasa....Mee Kolok senang untuk dimasak...buat di dirumah pun boleh...hehe....=)

Makan sambil terbayang-bayang



Gara-gara minggu ini study week, kelaparan sering kali melanda...bukan lokek mahu beli makanan, tapi malas mahu turun membeli...hehehe.....Terpaksa la makan donut dan minum kopi sebagai pengalas perut yang berbunyi-bunyi lapar...Tapi, yang pelik nya...saya terbayang2kan makanan tersebut dengan benda lain...Kopi Kopiko jadi Kopi Starbucks, Donut jadi Big Apple Donut.....Haiizzz.....Macam2 benda pelik yang difikirkan masa study week ini....btw, Doakan kemenangan chelzRachel dalam final exam nanti....yeaahhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...