| Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki di sini...=) Kalau boleh, jangan turun ke bawah tu. sebab ombak besar akan tiba-tiba ada. Tapi kawan yang pakai baju merah tu tak takut..huhu |
| Jalan untuk menuju ke The Tip Of Borneo. Keadaan cuaca masa ini hujan dan berkabus, so jalan agak licin. |
| Tempat menjual tempurung Siput yang boleh menarik minat pengujung datang singgah dan membeli |
| Bandar Kudat ketika ini agak sunyi kecuali berada di pasar tamu. |
| Pasar Tamu di Kudat. Pelbagai barangan dijual seperti hasil tanaman dan barangan tradisional |
| Pelabuhan di Kudat |
| Saya berada di atas Jeti Pelabuhan Kudat |
| Antara hasil tangkapan oleh nelayan2 di Jeti Pelabuhan Kudat |
| Maranjak LongHouse Lodge merupakan sebuah binaan rumah panjang kaum Rungus di Kudat Sabah. Pengunjung boleh datang melawat atau tinggal di Lodge yang disediakan. |
| Binaan rumah panjang kaum Rungus dari luar |
| Dalam Rumah Panjang. Struktur binaan yang menggunakan kayu dan buluh. |
| Ketika saya berada di tempat membuat Gong yang merupakan alat muzik tradisional. Pembuatan Gong disini merupakan dibawah Persatuan Momogun Rungus Sabah Samora, Kudat Sabah |
| Antara Gong yang telah siap untuk dijual. Harga setiap gong adalah berbeza mengikuti Saiz dan bahan yang digunakan. |
| Gombizou Kampung Madu merupakan tempat penghasilan madu. Penternakan Lebah juga dijalankan disini. Hasil madu tersebut akan dijual kepada pengunjung yang datang ke Kampung Madu. |
| Madu-madu yang dijual dengan harga berbeza. Semua madu yang dijual adalah ASLI dan berbeza dengan madu yang dijual di pasar |
| Botol besar mempunyai harga yang lebih mahal |
| Ini merupakan anak lebah. Masih tidak kelihatan banyak madu yang dihasilkan |
| Geli? haha...Gambar kabur sebab saya lupa nak adjust kerana takut..Saya tak guna zoom lens. Saya hanya guna lens 35mm 1.8G dimana saya zoom guna kaki...hehe |
| Pernah rasa Lokan Panggang? Kalau nak cuba, boleh datang ke gerai ini yang terletak di area IP (saya tak tahu jalan ini dimana)..haha |
xnak ke pulau banggi ke?
ReplyDelete-bz**-
;)
Deletebagus lah ko promote kudat... good job :)
ReplyDeleteAda no telephone ke..?? Saya org mau tnya tu gong...brpa dia harga..terus mau tnya tu..tmbga dulu kh tau bru punya...hehehhe....tq..
ReplyDeleteTeringin juga mau pgi sana ��
ReplyDelete