Apa itu TrollFace?

Troll face


Di laman sosial seperti facebook sangat popular dengan Troll face. Siapa pencipta trollface? Apa itu troll face? 

"Trollface is a black and white drawing of a face with a large mischievous grin that is meant to portray the expression someone makes while trolling."

Trollface hanya dilukis dalam hitam putih sahaja yang menunjukkan ekspresi wajah seseorang. Terdapat pelbagai ekspresi yang ditunjukkan menggunakan trollface ini. 

Pencipta Trollface:

Dikenali sebagai Whynne 












Trollface juga dikaitkan dengan "Collface" & "Problem?" 

Antara comic Trollface yang popular dilawati oleh pengemar trollface ini:

Siapa yang nak buat Trollface, boleh pergi Memebase Ragebuider: Klik Disini 

Trollface juga terdapat dalam pelbagai bahasa mengikut pencipta cerita menggunakan trollface. Contohnya: 
Facebook Sabah Troll: Klik Sini


Facebook Sarawak Troll: Klik Sini




# Pada mulanya, saya tak berapa faham mengenai benda ini. Tetapi, lama-kelamaan troll face menghiburkan dan boleh mengenakan kawan-kawan..haha...

Mesej yang menyedihkan....

Sedihnya dapat mesej ini. Bonus hari jadi tamat pada 16 April 2012..
Tak ada free call lagi....hahaha.....tak boleh cakap lama dengan mummy...hehe....
Pak Cik troll....haha

9th April 1989-2012

9th April 1989-2012!! My Birthday
23 Tahun hidup di dunia ini...Penuh dengan suka dan duka menjadi seorang yang bergelar ChelzRachel..
This is real and This is me
Dah 3 tahun tak sambut birthday with my family sebab saya study di tempat orang...Sabah ba tu!..haha
1st mesej hari jadi saya terima from my sister and cousin. Then, jam 5am dibangunkan mesej from my mom and dad...hehe
Wishes from Fb Frenz..Thank you so much for the wishes....Actually, i'm so tired balas mesej tapi, kepenatan tidak terasa sebab sambil balas sambil senyum..SENYUM OK!!...Most important thing!...SMILE a.k.a SENYUM....sebab tu saya nampak muda walaupun umur makin tua...hahaha....
Mostly thanx to my Saviour, Jesus Christ sebab bagi 1 tahun lagi untuk saya menjalani kehidupan ini dengan pimpinan dan iman yang sentiasa diteguhkan dengan kasih k'runia. Thx to my parent sebab sentiasa blessing me EVERYDAY!....My sibling yang tahan dengan perangai ANAK BONGSU...haha....ANAK BONGSU MANJA??? OF COZ I'M NOT !!!!.......

SO, HAPPY BIRTHDAY CHELZRACHEL.....hehe

Easter Day

Selamat Menyambut Perayaan Hari Easter buat teman-teman yang beragama Kristian.
Perayaan Hari Easter merupakan satu perayaan untuk memperingati kebangkitan Tuhan Yesus dari kematian (pada hari ketiga selepas kematiannya)

#Kebetulan nama saya Esther....hehehe

Homestay Kampung Sungai Labu, Labuan


Lambang Utama Kampung Sungai Labu

Kampung Sungai Labu berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Pantai yang "clean and clear"
Keadaan cuaca pada waktu pagi

Kampung Sungai Labu yang masih mengekalkan kehidupan kekampungan...
Ini merupakan kali yang kedua saya melawat homestay di Sabah. Pertama, saya berada di Homestay Kundasang dan kedua di Homestay Kampung Sungai Labu, Labuan. Kampung Sungai Labu merupakan  sebuah homestay yang harus dilawati dan tinggal bersama orang kampung disini kerana keindahan kampung yang memukau para pengunjung dan juga kemesraan serta layanan yang diberikan oleh penduduk kampung disini. 

Homestay Kampung Sungai Labu terletak 11km dari Lapangan Terbang Airport dan 12km dari bandar Labuan. Pengangkutan awam juga disediakan setiap masa untuk sampai ke kampung ini. Kampung Sungai Labu mempunyai sejarah tersendiri. Ceritanya bermula......

"Nama Kampung Sungai Labu berkait rapat dengan peperangan yang berlaku di Negara China satu ketika dahulu. Penduduk dari Negara China telah melarikan diri ke kampung ini dengan menaiki tongkang melalui sebatang sungai  di kampung ini. Penduduk Cina ketika itu membawa buah labu sebagai bekalan semasa mereka melarikan diri dari peperangan.
Apabila hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama seminggu mengakibatkan terjadinya banjir besar berlaku di kampung ini. Buah labu yang menjadi bekalan  kaum Cina itu turut dibawa arus air sungai. Tanpa diduga, selepas banjir berhenti, benih-benih labu yang bertaburan di sepanjang sungai mula bercambah. Akibat daripada peristiwa ini, maka, penduduk kampung menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Labu berdasarkan peristiwa  benih-benih labu yang bercambah di sepanjang sungai kampung tersebut."


# Tujuan saya berada di Kampung Sungai Labu adalah untuk menjalankan kajian mengenai Homestay ini. Saya bersama course mate Hotel Management dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu telah merasai kehidupan bersama "Mak dan bapak angkat" di kampung sungai labu selama 3 hari 2 malam. 


Antara aktiviti yang kami jalankan bersama dengan penduduk Kampung

Good Friday - 6th April 2012

Happy Good Friday to all my Christian Frenz..

Hari ini merupakan hari yang begitu indah dan terbaik untuk kita mengenang Yesus

Kristus dengan cara berpuasa. Kita berpuasa bukan bererti kita tidak makan sahaja, tetapi

lebih baik dengan diisi dengan DOA, PUJI dan PUJIAN serta Sharing berita baik dengan

orang lain..

God Bless My Family and Frenz....God Love Us....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...