Umai

Umai yang dibuat oleh saya...=)
Umai merupakan sejenis makanan popular bagi masyarakat di Sarawak dan Sabah ( umai bagi sabah saya lupa, kalau ada yang tahu tolong bagi tahu...hehe...Umai popular dalam kalangan masyarakat Melanau area Mukah...Namun, kini umai telah menjadi makanan popular bagi semua masyarakat kerana makanan ini sangat senang untuk dibuat...Umai juga boleh dikenali sebagai SUSHI SARAWAK....haha...sebab umai juga menggunakan ikan mentah (tanpa dimasak)...

Bahan-bahan untuk membuat umai senang untuk didapati. Ikan Empirang, Tenggiri, udang, sotong boleh digunakan untuk membuat umai..yang paling penting mesti ada limau dan cili...Garam dan Ajinomoto untuk memberi perasa..dan juga bawang besar dan merah juga digunakan....

Umai merupakan makanan kegemaran saya dan saya tahu membuat umai (sangat senang).....Semangkuk besar (seperti dalam gambar diatas), saya boleh habiskan....=)....Kalau nak tahu cara membuat, rajin-rajin tanya GOOGLE.....banyak resipi Umai dia tahu....hehe.....so, Njoi...


#Kalau silap tolong betulkan....Mak Kasih sebab membaca...komen la...hehe..#

Ketika Senja dan mendung............

Senja

Mendung
Post kali ini gambar senja dan mendung.....Ketika senja dan mendung menjelma depan RUMAH...hehe....
Gambar diatas diambil depan rumah...mengisi masa lapang saya dengan DSLR kesayangan...Keindahan ciptaan Tuhan yang membuat aku tergoda. 
Keadaan cuaca sekarang tidak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Kadang-kadang saya selalu menyalahkan panas dan hujan. Bak kata: Panas salah hujan pun salah...hehe....
Masa capat berlalu...
1 bulan lagi saya masih berada di hometown...
lepas itu, terpaksa pergi Sabah...study...=)
tak ada lagi ambil gambar depan rumah....hehe
gonna miss my hometown....hhuhu....
btw, life must goes on...ceehhwaahh....
so, be happy chelz...=)

Ngiling Bidai (Gulung Tikar) 2011

Tuan pengetua memberi ucapan
Pengerusi PIBG sekolah memberi sepatah dua kata kepada Ibu Bapa dan Guru-guru yang hadir
Menjalankan salah satu upacara miring. Benda yang dipegang adalah seekor ayam sabung
Simbolik upacara miring
Upacara Ranyai 
Upacara Ngiling Bidai @ Gulung Tikar
Tikar tersebut akan diikat dan disimpan. Tikar ini akan digunakan untuk hari gawai tahun hadapan
Post kali ini mengenai Ngiling Bidai atau Gulung tikar yang disambut oleh masyarakat Iban di Sarawak. Gulung Tikar bukan bermaksud bankrupt...hehe....

Ngiling Bidai ini telah diadakan di Dewan Sri Kenyalang, SMK Luar Bandar Sibu pada 16 Julai 2011 dan sekolah ini merupakan sekolah lama saya. Saya menuntut ilmu disini selama 7 tahun (form 1 sampai form 6 atas). Upacara ini telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Guru-guru, Ibu-bapa dan para pelajar SMKLBS. Upacara Ngiling bidai menunjukkan berakhirnya Hari Gawai Dayak bagi masyarakat Iban di Sarawak. Ngiling bidai merupakan acara menggulung Tikar yang telah digunakan semasa hari gawai yang lepas. Selain itu, upacara Ranyai juga diadakan. Ranyai  merupakan upacara menggunakan pokok pisang atau sebagainya (seperti dalam gambar diatas). Pokok tersebut bertujuan untuk menggantungkan makanan dan minuman. Selepas itu, seseorang  atau sesiapa sahaja yang ingin mengikuti upacara ini akan menarikan sebuah tarian ngajat sambil mengelilingi pokok tersebut dan membawa sebilah parang untuk memotong makanan dan minuman yang telah digantung. 

#Gambar diatas hanya lah sebagai simbolik bagi upacara Ngiling Bidai.#

THX kerana membaca....Sila komen seandainya ada kesalahan.....=)

Asahi Pentax K1000 - Classic Camera


Kali ini saya post gambar mengenai kamera Asahi Pentax K1000 milik bapa saya. Kamera ini tidak dapat berfungsi lagi sebab sudah lama dibiarkan dalam kotak. Kamera ini telah dibeli sebelum saya lahir lagi iaitu era 1980-an. Mungkin tidak dijual lagi di kedai kamera tetapi akan dijual dalam kedai antik. Kamera ini dibuat pada tahun 1976-1997 oleh Asahi Optical di Jepun. Kamera ini pakai kodak (filem). Kalau pakai kamera macam ini agak susah sebab tak ada skrin LCD untuk melihat hasil gambar yang diambil. Hasil gambar akan boleh dilihat selepas filem nya dicuci. Cantik @ tak cantik terpaksa diterima juga...hahahaha....

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai speksifikasi kamera ini, boleh la klik link ini : Asahi Pentax K1000

It's me....thru my lens

Ala artis la...hehe
Kali ini saya pula yang jadi model kepada kamera saya...hehe....Model Spek Hitam.....So, Njoi.....=p

Bot Itu Usang........


Mungkin suatu ketika bot ini telah banyak berjasa kepada tuannya..Kerana keusangan terpaksa membiarkan ia ditenggelami air lautan. Akhirnya menjadi tempat ikan-ikan berlindung.....

Aku vs Kala Jengking....





Aku vs Kala Jengking....?? Post gambar kali ini bukan nak tunjuk kehebatan saya membunuh kala jengking tetapi saya hanya nak berkongsi apa yang telah berlaku...hehe... Masa saya sibuk di dapur, Kala ini berada disebelah kaki saya. Saya tak perasan berapa lama kala ini berada di situ. Tapi nasib baik tidak disengat untuk kedua kali nya..Kedua kali??? errmm.... Nak tahu cerita?? Ok..Macam nie cerita...Dulu masa saya umur 9 tahun (Darjah Tiga), saya terkena sengatan kala jengking. Masa tu saya nak pakai kasut sekolah. Saya tak perasan kala tersebut ada dalam kasut sekolah. Tiba-tiba Ibu kaki saya terasa macam tercucuk benda tajam. Rupa-rupanya benda tajam itu ekor kala yang ada bisa. Aduuuii...punya la sakit...sampai biru dan bengkak ibu kaki....huhuhuh....nasib baik sempat hantar pergi hospital.....Sampai hospital, terus masuk ward kecemasan..terpaksa injection la pula...=.='...

Sebagai peringatan: sebelum menggunakan kasut, sila pastikan tiada Kala Jengking dalam kasut.(Pesanan ini dibawa oleh ChelzLensa Photography)....hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...