Bangunan @ Sandakan

Ketika saya berada di Sandakan, terdapat bangunan yang telah menarik minat saya. Antaranya ialah:




# Berada di Sandakan Sabah seperti berada di Hong Kong

St. Michael's and All Angels Church @ Sandakan


Gereja St Michael and All Angels merupakan tempat yang harus dilawati ketika berada di Sandakan. Ini merupakan pengalaman pertama saya berada disini. Namun, saya tidak berpeluang untuk melihat struktur dalaman bangunan ini kerana masa untuk melawat telah tutup. Masa untuk melawat gereja ini:

Isnin Hingga Sabtu - 9.30am - 3.30pm
Ahad dan Cuti Umum- TUTUP
Bayaran masuk: Pelancong (RM 30 termasuk souvenirs)
                            Malaysian (RM 10)
                            Children (Free)



Saya berada di bahagian kanan bangunan yang turut mempunyai seni bina yang menarik




Gereja ini merupakan bangunan yang pertama di Sandakan. Gereja ini di reka oleh pereka dari New Zealand Mr B W Mountfort dan pembinaan bermula pada tahun 1893. Bangunan ini mulanya dibina menggunakan kayu belian dan diikuti batu-bata. 

Kuil Puu Jih Shih @ Sandakan

Puu Jih Shih merupakan sebuah kuil yang sangat popular di Sandakan. Kuil ini terletak di atas bukit dan mengambil masa 4km untuk sampai dari bandar Sandakan.





Kuil Puu Jih Shih merupakan kuil yang terbesar di Sandakan. Letaknya di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan Kuil Puu Jih Shih yang cantik dan sifatnya curam dan kemewahannya membuatnya begitu mudah ternampak di Bandar Sandakan. Pembinaan telah menggunakan US$1 juta dan mengambil masa tiga tahun.  Untuk memperlengkapkan hiasan dalaman ia memerlukan lebih kurang US$1 juta, dan akhir sekali dirasmikan pada 26 September 1987.  Pintu depan kuil ini menghadap bukit yang curam. Tiga patung Buddha yang berada diatas tempat pemujaan hampir memenuhi kawasan dalam kuil ini. Setiap patung dibuat daripada kayu jati dan di palut lapisan emas serta cat emas. Ketinggian patung ini ialah 23 kaki dengan keberatan ½ tan. Terdapat tanglung-tanglung yang tingginya 20 kaki di buat dari Taiwan, setiap tanglung ini mempunyai lampu yang berasingan sebanyak 1,700 buah di sisi tempat pemujaan. Terdapat juga banyak tempat pemujaan yang kecil dan patung-patung buddha di setiap tepi kuil ini, kesemua tempat pemujaan dan patung-patung Buddha ini di impot dari Macau. 34 tiang-tiang di kuil ini juga di buat dari Macau dan terdapat ukiran naga dari kayu jati dan lapisan emas.

Instagram Socialmatic Camera




Memandangkan instagram semakin popular, akhirnya muncul Instagram Socialmatic camera. I'm not sure if this camera is real. Tapi, harap-harap ada la...hehe... Antara features yang terdapat pada camera ini:


 16 GB mass storage;
- Wifi and Bluetooth;
- 4:3 touchscreen;
- 2 main lens, first for main capture, second for 3D filters, webcam applications and QR Code capturing;
- Optical zoom;
- Led Flash;
- Internal printer to make your Instagram photos real;
- Paper cartridge with Instagram Paper Sheets;
- Dedicated 4 colors ink tanks;
- InstaOs 1.0, which put together Facebook and Instagram 


# Disebabkan handphone saya tak canggih, so saya tak tahu application Instagram ini. Selalu saya hanya tengok kawan dalam FB upload gambar guna application ini...;)..... Maksudnya, kalau kawan FB upload gambar guna Instagram confirm handphone mahal2....or touchscreen....hahaha

Adira Af8 - Thru my lens




Antara gambar yang saya ambil semasa Adira Af8 membuat pesembahan on stage. Wonderful voice...;)...

Sabah Fashion Night 2012

Sabah Fashion Night 2012 pertama kali dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan Dan Kesenian Hal Ehwal Pelajar bersama Kelab kebudayaa dan Kesenian (UMS CUl Art). Fashion night bertujuan untuk memperkenalkan dan memperagakan koleksi karya pereka baru yang terdiri dari pelajar Sekolah pengajian Seni, pereka dari Cosmopoint serta mempamerkan busana pereka tempatan di sekitar kota kinabalu.





















Gambar ini merupakan hasil kerja saya semasa menjadi Official Photographer untuk Sabah Fashion Night. Untuk melihat gambar yang lain, Click SINI...

I'm gonna update my blog soon...

So, guys....please stay tuned and keep blog walking... I will be back soon... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...