Photo of Pra-Gawai SMKLBS taken by me...Local newspaper The Borneo Post 17/5/2013
Malam Pra-Gawai 2013 SMK Luar Bandar No.1 Sibu
Malam Pra-Gawai Pelajar Asrama SMK Luar Bandar Sibu telah diadakan pada 11 May 2013 bertempat di Dewan Sri Kenyalang. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti Pertandingan Kumang dan Keling, Betabuh dan Nyayian. Pelajar Asrama Lelaki (Jugah dan Rentap) dan Perempuan (Mawar dan Orkid) telah menunjukkan bakat masing-masing dalam pertandingan yang diadakan. Perkara yang membanggakan adalah Pelajar SMK Luar Bandar Sibu dapat membuktikan bahawa tradisi Kaum Iban seperti Betabuh, Ngajat dan Kumang/Keling masih tidak dilupakan oleh kaum muda.
All material on this site is copyright of chelzLensa Photography, unless explicitly noted otherwise. Reproduction of any of this material in any form without my prior approval is not allowed
Renungkan Bersama
you will understand that
there exist men and women such as us,
without a face and
without a name,
who have abandoned everything,
even their own lives,
so that other children can get up everyday
without having to remain silent and
hiding their faces to confront the world.
When that day comes, we,
those with no face and no name,
will finally be able to rest under the earth.
Dead, of course, but happy…”
Bendera Sarawak dikibarkan semasa Perlawanan B/Sepak Tottham Vs Man.C
Woow....Tak sangka rakyat Sarawak mengibarkan Bendera Negeri Sarawak di London semasa perlawanan diantara Tottham dan Man.City. Sumber ini dari Facebook. Saya not sure foto ini asli or di edit. Tapi, bila saya baca komen, 50/50 nak percaya. =)... So if benar, Kamek bangga la ada anak sarawak sik lupa negeri asal.... =D
Saya Guru...Mereka Pelajar...Kami kawan
Baru sekarang saya upload gambar saya dengan bekas pelajar untuk 3 bulan sahaja. Walaupun 3 bulan mengajar mereka namun banyak memberikan kenangan kepada saya sebelum melangkah ke dunia pendidikan seterusnya. Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar dan bermula dari kosong. Saya diberi tugasan mengajar Sains dan ICTL. Sains Form 1 and ICTL Form 2. Hari pertama masuk kelas, rasa gugup dan gagap bila bercakap di hadapan pelajar. Pelajar tengok saya, saya tengok mereka. Mata mereka seperti tengok saya dari atas ke bawah...ooii...haha... Tapi, sebagai seorang yang guru yang "pro" harus pandai kawal perasaan..
Benda lucu yang tak akan saya lupa bila pelajar form 1 saya minta kebenaran keluar pergi tandas. "Cikgu, saya nak kencing, saya nak berak la..bla...bla...". haha... Ayat tu kena ubah. Saya kena la ajar mereka cara sopan bila minta kebenaran keluar. Kalau tak ajar cara bersopan, sampai ke tua la mereka macam tu. Bagi saya, pelajar form 1 harus dibentuk supaya mereka dapat menjaga tingkah laku sebelum masuk ke alam remaja seterusnya...=)
Pernah marah pelajar? Kalau tak marah, nanti makin menjadi-jadi perangai pelajar..haha... Tapi.. sebagai seorang guru, saya marah pelajar bukan membenci mereka.. Saya marah sebab saya sayang mereka. Marah tak buat kerja rumah, buat bising, nakal dalam kelas..bla..bla...tapi, bak kata my mom (Guru 30 tahun mengajar), "Jangan guna tangan untuk pukul pelajar, tapi gunakan tangan untuk memberkati pelajar".. dan satu lagi, "Jangan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyumpah pelajar, guna mulut untuk menasihat". Tapi, pelajar akan anggap guru tu jahat la..suka marah-marah...(cikgu faham perasaan pelajar, sebab saya pun seorang pelajar sebelum ini) =).. Hukuman tetap dijalankan dalam kelas saya...Saya akan tutup kipas, tutup pintu bagi pelajar lewat (tapi buka balik la...kesian pelajar saya...), suruh mereka mengajar di depan (saya suka hukuman ini). Pelajar yang mengantuk, saya akan pukul meja sehingga mereka terkejut "beruk"...haha....
Saya mengajar pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza.. Perangai berbeza.... 1001 perangai pelajar harus ditempuhi selama 3 bulan... Tetapi, perasaan sayang guru terhadap pelajar, tidak akan membezakan mereka...mereka tetap sama bagi saya. =)
Saya harap bekas pelajar saya dapat berjaya dalam kehidupan. Bak kata: Setiap hari kita akan belajar benda baru...So, perkataan malas belajar hanya untuk orang yang tak akan berjaya dalam kehidupan....Tetapi, doa seorang guru, pelajar saya akan berjaya dalam kehidupan... =D.....
Sekarang, saya akan mengajar pelajar universiti.. Saya harap pelajar saya, boleh berjaya membuat assignment dan tutorial!....If not, nama akan saya buang!....haha
Blog terbiar.......
Baru sekarang terpikir nak update blog chelzlensa.... tak ada masa nak update.... huhu... chelzlensa photography pun tak berapa aktif.... banyak tawaran suruh ambil gambar terpaksa saya tolak dan tangguhkan... kalau tak busy lagi, saya akan teruskan ambil gambar.. =).. so, sesiapa yang mempercayai perkhidmatan fotografi saya, harap bersabar ya... hehe... oklaa... selepas ini, saya harap dapat update blog chelzlensa ini... so, tunggu....:;)
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)





